Alhamdulillah, kita dah berada dalam fasa terakhir Ramadan. Minggu yang amat letih bagi saya kerana jadual yang sgt pack+tak cukup tidur sebab stay up sampai lewat pagi. Dan sangat sedih bila kita bersengkang mata tak tidur bukan sebab sibuk beribadah,tapi disebabkan urusan lain yang tak sudah2..(study+homework..) Rasa teruk pun ada juga,sibuk dengan urusan dunia,tapi urusan dengan Allah tak selesai2 juga.Peluang Allah bagi tapi tak digunakan sebaik2nya. Sangat2 rugi.
Ermm.Post kali ni saya nak share dan ingatkan serba sedikit tentang pesanan ustazah baru2 ni.Peringatan buat semua khususnya diri saya sendiri dalam kita mencari malam hadiah daripada Allah yang kepada umat islam iaitu malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan.. Lailatul Qadar. Memandangkan kita dah berada dalam 10 malam terakhir Ramadan,sama2 lah kita berusaha menghidupkan malam2 yang berbaki ini dalam masa yang sama mengejar Lailatul Qadar. (again,peringatan sgt2 khusus buat diri ni juga)
Pesanan ustazah lebih difokuskan kepada doa pada malam tersebut. Macam yang kita tahu,pada malam tersebut,malaikat2 akan turun. Nak cerita betapa banyaknya malaikat2 ni,kata ustazah lebih banyak dari butiran pasir.mereka turun naik ikut syif.
Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan. Jadi yang tengah bermasam2 muka dengan kawan2 tu,cepat2 minta maaf ye.
Jadi ambil la kesempatan tersebut,doa banyak2 apa yang kita hajatkan. Kumpul dan buat list semua hajat2 kita yang tercapai lagi. Kalau ade 50 hajat pun,list kan juga. Doa dengan ikhlas bersungguh dan yang sangat2 penting ialah YAKIN. Ada satu kisah ustazah cerita. (cerita dari seorg ustaz). Tentang housemate kepada ustaz tersebut di Mesir. Beliau listkan 17 hajat paling kritikal yang beliau nak dan berdoa pada malam lailatul qadar dengan bersungguh2. Alhamdulillah,dengan izin Allah,satu persatu Allah bagi just macam tu je. Langsai semua. Subhanallah. Jom kita buat list.. =)
Hadis Rasulullah s.a.w:

Telah diriwayatkan oleh al-Khathib dalam "at-Tawaarikh" daripada hadits Sayyidina Anas RA yang menyatakan bahawa: " Sesiapa yang sembahyang pada malam Lailatul Qadr akan sholat 'Isya` dan sholat Subuh berjemaah, maka dia telah memperolehi bahagian yang banyak daripada Lailatul Qadr (yakni daripada ganjarannya)." Dan Sayyidah `Aishah RA meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Junjungan Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, jika aku bertemu dengan Lailatul Qadr, maka dengan apa aku harus bermohon?" Baginda bersabda: "Katakanlah: 'Ya Allah Engkaulah Maha Pemberi Kemaafan, Maha Dermawan, yang suka memberikan kemaafan, maka maafkanlah akan kesalahan kami."
Wallahualam.
Sudahkah ramadhan kali membawa pentarbyyahan buat diri?
Sudahkah mata berpuasa dengan sebenar puasa?
Sudahkah lidah berpuasa dengan sebenar puasa?
Sudahkah telinga sudah benar berpuasa?
Sudahkan sunnah rasulullah saw benar-benar dihidupkan?
Qiamulail sudahkah menjadi kebiasaan?
Sudahkah amarah diri sudah dikawal?
Apakah puasa kali ini sekadar penat dan lelah?
Sudahkah diri ini bersedia mengharungi ekspedisi lailatul qadar?


7 comments:
nice..=)
mogA2 kt jmpe malm 2 yerkk..
huhu..tu laa kan.
asik blaja je..
takpe2. blaja pun ibadah gak..
eh jap..
lama dah nak tnye ustaz. tp asik lupa..
alang2 kema da ckp sal ni.
kt tnye jo lah..
mlm lailatulqadr ni tarikh dia fix ke?
kalo misalnya 21 ramadhan,
taun dpn pun 21 ramadhan gak ke?
tak juga..tp ikut yang kita suma tau hari yg ganjil la..x fix..insyaAllah.sebab tu dirahsiakan.tul x.biar semua mencari2 mlm tu n bykkan ibadah.
btw,kt ade jumpa kata2 ni.cam puisi gak la.kesahihan nya kt xpasti. WALLAHUALAM.
Wahai yang bertanya
Tentang lailatul qadar bila ada ia
10 terakhir Ramadhan tempatnya dia
Pada yang gasal diharap adanya
Diketahui ia dengan hari Ramadhan bermula
Jika Ahad dan Rabu mula ia, malam ke-29 itulah dia
Jumaat dan Selasa, ke-27 jadi ia
Khamis mula, ke-25 pula
Jika Sabtu hari pertama, ke-23 malam utama
Jika Isnin pula, malam ke-21 jangan lupa
Inilah kaedah dinaqal ia
Dari kalangan ahli sufi zuhud tak cinta dunia
eh eh..
nmpk cam org yg buat puisi ni btul2 pasti je..hehe.
mksdnya mlm ke 23 laa ek?
aduii..ape je kt buat smlm..
mntak2 salah puisi tu..hehe.
salam kema...
=)
thanx for da reminder...
sowy sgt2 kat kema...
wslm..
sory 4 wat?
pelik2 je awk ni.huhu
btw,thanks kurma coklat+keychain+pen comey tu. =)
kurma kt bwk balik kolej..
kunyah mlm2..huhu
Post a Comment