"Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk2 semuanya berpasangan,sama ada dari yang telah ditumbuhkan dari bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya" (Surah Yassin:36)
Dah lama tak post. Tiba-tiba post tajuk Baitul Muslim. Jangan salah faham. Saya belum nak kahwin.Hee. Cuma ingin sentuh tentang ini memandangkan tahun ini orang2 terdekat saya yang sudah dan bakal menyempurnakan separuh daripada agama mereka. Alhamdulillah =)
Saya petik satu kata-kata,
Keinginan berkeluarga itu adalah lumrah. Sedangkan malam ada siangnya,sedangkan matahari ada bulannya, pagi ada petangnya dan langit ada buminya. Semuanya adalah fitrah yang penuh keindahan,fitrah anugerah Allah azzawajalla yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Tahniah kepada mereka yang telah atau bakal mendirikan baitul muslim especially to u,kaklong. Saya bakal dapat abang ipar ( sampai sekarang susah betul nak sebut abang long,huhu). Sila lahirkan anak buah yang comey2 utk saya yeee. Jeles kat anisah shamilah yang dah berderet2 anak2 buah yang superhypercomey~ Buat ex classmate saya yang baru berkahwin,Farah ayuni,mabruk ilaik. Oh rasa tak percaya tengok awak naik pelamin. so cute.aha.Moga jadi isteri solehah. =)
Daripada Abi Umamah al Bahili r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya,nescaya akan taat kepadanya,dan jika suami memandangnya dia akan berhias justeru menggembirakanya,dan jika suaminya bersumpah ke atasnya,nescaya dia menunaikannya dan jika suaminya tiada,dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya." (Riwayat Ibnu Majah)
Petang tadi,ketika baru je nak revise pharmaco,seorang sahabat tegur saya di skype. Sebaik saja berbalas salam....,
Fizah: Awak...nak tau satu rahsia tak?
Saya: Rahsia? Nak2. Awak rindu kt ye?
Fizah: Mestilah, tapi ada yang lagi2 besar..
Saya: Apa dia? Awak nak kawen ke??
Fizah: Kak alia awak nak walimah,bukan kt..
Gara2 fizah,rahsia kini bukan lagi rahsia.huhu.Oh sangat gembira,terkejut,teruja,terkesima..kak alia nak walimah dah.. Mesti budak2 sambest pun terkejut. Hepy tak terkata sampai dari nak study terus tak pandang buku dah. Tak berhenti2 senyum. Sebabnya? Nanti saya cerita. Tahniah kak alia jadi perintis untuk batch kita. =)
Kak alia,dia tua setahun dari saya,tapi kami sebatch. Merangkap roommate/dormmate saya di sambest,form 5. Alhamdulillah,seorang muslimah terpelihara,dibesarkan dalam family yang kuat tarbiyahnya,usrah sini sana. Sebelum tidur,ada kalanya dia akan bagi tazkirah mengisi malam2 kami.oh rindunya.
Ukhti alia,u r my silent alarm~
Teringat satu tabiat saya masa form 5. Bangun pagi je,mesti saya intai kak alia dulu,tengok dia dah bangun ke belum.Kalau belum saya akan tidur balik. Bagi saya,kalau dia tak bangun lagi tu,awal lagi la tu.Kalau dia dah tak ada kat katil,saya akan cepat2 bangun. Tapi bahaya juga tiru2 ni,pernah dia terlewat,saya pun terlewat sekali.haha.
Oh ya,saya selalu cakap kat dia dulu, "kt dapat rasa kak alia akan kahwin cepat." Selalunya dia akan menafikan lah. See kak alia,masin tak mulut kt..? Sebab tu saya tersenyum2 dari tadi.hehe.yes.
Oh bahagianya tengok orang lain nak walimah. Mabruk likum~ Bila dapat jemputan dari kawan2 sendiri,terdetik juga, tak sangka aku dah besar.emm aku pun dah kena fikir juga ke..?hoho.oh stop it akma.
Buat kak alia,kt akan berusaha datang walimah kak alia awal mei ni. Tak nak miss tengok hari bahagia kak alia. Nak tengok kak alia berseri2 pakai baju pengantin,nak tengok kak alia malu2 kucing,nak tengok siapa lelaki bertuah itu,nak tengok semua2 lah.InsyaAllah. Semoga melahirkan ulama' -ulama' berjiwa besar dan semoga baitul muslim yang dibina terpelihara dalam redhaNya. Mabruk ya ukhti =)
" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya,maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang,dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang,dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan,dia merenjiskan air ke mukanya" (Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih)
Perkahwinan itu Sunnahku,sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku,dia bukan daripada kalangan umatku"


2 comments:
wahh44!!!
barakallahu lakuma!!
^.^
dengan sape???
bdk sambest jugak ker??
huhu~
kema, awk bile lgi?
bile walimahnye?
hehe.fizah ckp dgn org yg dah keje. 2 mei ni.elok2 semggu lepas k.alia abes exam.huhu.mst comey kan?
kt? tggu walimah awak dulu.yay~
Post a Comment