CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Apr 26, 2010

~Sebelum mata terlena~

Sebelum mata terlena Dibuaian malam gelita Takafurku di pembaringan Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa Mampukah kumengharungi titian sirat nanti Membawa dosa yang menggunung tinggi Terkapai kumencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena Dengarlah rintihan hati ini Tuhan beratnya dosaku Tak daya kupikul sendiri

Hanyalah rahmat dah kasih sayangMu Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahMu Andainya esok bukan milikku lagi Dan mata pun tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat ke daerah sana Lepaskan beban ini Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku sutra kasih sayangMu Agar lena nanti kumimpikan Syurga yang indah abadi

Pabila kuterjaga Dapat lagi kurasai Betapa harumnya Wangian syurga Firdausi oh Illahi

Di sepertiga malam Sujudku menghambakan diri Akan kuteruskan pengabdianku padaMu

Munsyid: Hijjaz

Apr 24, 2010

Yang Terindah





Love this sentimental song. Saya tujukan buat sahabat2 tersayang. All of you are the part of my life. Ukhwah fillah abadan abada~ =)






Apr 19, 2010

~Baitul Muslim~

Bismillahirrahmanirrahim.


"Maha suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk2 semuanya berpasangan,sama ada dari yang telah ditumbuhkan dari bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya" (Surah Yassin:36)

Dah lama tak post. Tiba-tiba post tajuk Baitul Muslim. Jangan salah faham. Saya belum nak kahwin.Hee. Cuma ingin sentuh tentang ini memandangkan tahun ini orang2 terdekat saya yang sudah dan bakal menyempurnakan separuh daripada agama mereka. Alhamdulillah =)

Saya petik satu kata-kata,

Keinginan berkeluarga itu adalah lumrah. Sedangkan malam ada siangnya,sedangkan matahari ada bulannya, pagi ada petangnya dan langit ada buminya. Semuanya adalah fitrah yang penuh keindahan,fitrah anugerah Allah azzawajalla yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tahniah kepada mereka yang telah atau bakal mendirikan baitul muslim especially to u,kaklong. Saya bakal dapat abang ipar ( sampai sekarang susah betul nak sebut abang long,huhu). Sila lahirkan anak buah yang comey2 utk saya yeee. Jeles kat anisah shamilah yang dah berderet2 anak2 buah yang superhypercomey~ Buat ex classmate saya yang baru berkahwin,Farah ayuni,mabruk ilaik. Oh rasa tak percaya tengok awak naik pelamin. so cute.aha.Moga jadi isteri solehah. =)

Daripada Abi Umamah al Bahili r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sebesar-besar perkara yang mendapat faedah setelah bertakwa kepada Allah ialah isteri yang solehah di mana bila suami memerintahkannya,nescaya akan taat kepadanya,dan jika suami memandangnya dia akan berhias justeru menggembirakanya,dan jika suaminya bersumpah ke atasnya,nescaya dia menunaikannya dan jika suaminya tiada,dia akan menjaga diri serta maruahnya dan harta suaminya." (Riwayat Ibnu Majah)


Gambar hiasan ;)

Petang tadi,ketika baru je nak revise pharmaco,seorang sahabat tegur saya di skype. Sebaik saja berbalas salam....,

Fizah: Awak...nak tau satu rahsia tak?

Saya: Rahsia? Nak2. Awak rindu kt ye?

Fizah: Mestilah, tapi ada yang lagi2 besar..

Saya: Apa dia? Awak nak kawen ke??

Fizah: Kak alia awak nak walimah,bukan kt..

Gara2 fizah,rahsia kini bukan lagi rahsia.huhu.Oh sangat gembira,terkejut,teruja,terkesima..kak alia nak walimah dah.. Mesti budak2 sambest pun terkejut. Hepy tak terkata sampai dari nak study terus tak pandang buku dah. Tak berhenti2 senyum. Sebabnya? Nanti saya cerita. Tahniah kak alia jadi perintis untuk batch kita. =)

Kak alia,dia tua setahun dari saya,tapi kami sebatch. Merangkap roommate/dormmate saya di sambest,form 5. Alhamdulillah,seorang muslimah terpelihara,dibesarkan dalam family yang kuat tarbiyahnya,usrah sini sana. Sebelum tidur,ada kalanya dia akan bagi tazkirah mengisi malam2 kami.oh rindunya.

Ukhti alia,u r my silent alarm~

Teringat satu tabiat saya masa form 5. Bangun pagi je,mesti saya intai kak alia dulu,tengok dia dah bangun ke belum.Kalau belum saya akan tidur balik. Bagi saya,kalau dia tak bangun lagi tu,awal lagi la tu.Kalau dia dah tak ada kat katil,saya akan cepat2 bangun. Tapi bahaya juga tiru2 ni,pernah dia terlewat,saya pun terlewat sekali.haha.

Oh ya,saya selalu cakap kat dia dulu, "kt dapat rasa kak alia akan kahwin cepat." Selalunya dia akan menafikan lah. See kak alia,masin tak mulut kt..? Sebab tu saya tersenyum2 dari tadi.hehe.yes.

Oh bahagianya tengok orang lain nak walimah. Mabruk likum~ Bila dapat jemputan dari kawan2 sendiri,terdetik juga, tak sangka aku dah besar.emm aku pun dah kena fikir juga ke..?hoho.oh stop it akma.

Buat kak alia,kt akan berusaha datang walimah kak alia awal mei ni. Tak nak miss tengok hari bahagia kak alia. Nak tengok kak alia berseri2 pakai baju pengantin,nak tengok kak alia malu2 kucing,nak tengok siapa lelaki bertuah itu,nak tengok semua2 lah.InsyaAllah. Semoga melahirkan ulama' -ulama' berjiwa besar dan semoga baitul muslim yang dibina terpelihara dalam redhaNya. Mabruk ya ukhti =)

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya,maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang,dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang,dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan,dia merenjiskan air ke mukanya" (Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih)

Perkahwinan itu Sunnahku,sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku,dia bukan daripada kalangan umatku"

Dec 20, 2009

Muhasabah cinta..

Saya suka lagu ni. Kery pun suka lagu ni. Kami suka lagu ni.. Lagu yang sedih dah menginsafkan. Siapa2 yang tak dengar lagi,cari lah lagu ni yee.


Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua padaMu
Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cintaMu
Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi
Muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

--Muhasabah Cinta - EdCoustic--


**Sesungguhnya mati itu pasti...*

Nov 14, 2009

~Sejenak bersama diabadikan selamanya~

Coming..! Blog ini dah bersarang..bg tdk membiarkan ianya berpenunggu,huhu,pic2 kat matrik telah ku upload..sambil2 mengimbau kengn b4 masuk U..x mo tulis pnjg2..xda idea..let the pictures replace the words~~kmpk the best!



rasa nak masuk matrik semula.. =D

design Tshirt kelasku..TB34~



hostel putera...

cafe..


hostel puteri...


kubikel pensyarah..


hostel putera,again


padang yg luas..






masjid al-magfirah


Dgn puan fauziah..our chem lecturer..


Men tembak2 plak dia..


hari2 terakhir di mtrik..







the place which i miz the most!


ng pei zhi...rindu kamo..


masa utk bersenam!


english mereka sgt boombastik!


Tanganku tiada di sini..huhu

semangat menyiang tikus..hehe


tikus yg telah ku siang =D


cepat,sapa lagi comey??


man,izam,syafiq,zul...

zul ngn man... ensem x kami?huhu

ketawa gumbira...


lawyer2 baru lepas bersidang..


ish2,kecik2 da pndai bergaya..


gurlz in purple~


our last nite at kmpk...

TB34 always in my heart
~SEJENAK BERSAMA DIABADIKAN SELAMANYA~

Sep 11, 2009

peluang last minute..

Alhamdulillah, kita dah berada dalam fasa terakhir Ramadan. Minggu yang amat letih bagi saya kerana jadual yang sgt pack+tak cukup tidur sebab stay up sampai lewat pagi. Dan sangat sedih bila kita bersengkang mata tak tidur bukan sebab sibuk beribadah,tapi disebabkan urusan lain yang tak sudah2..(study+homework..) Rasa teruk pun ada juga,sibuk dengan urusan dunia,tapi urusan dengan Allah tak selesai2 juga.Peluang Allah bagi tapi tak digunakan sebaik2nya. Sangat2 rugi.




Ermm.Post kali ni saya nak share dan ingatkan serba sedikit tentang pesanan ustazah baru2 ni.Peringatan buat semua khususnya diri saya sendiri dalam kita mencari malam hadiah daripada Allah yang kepada umat islam iaitu malam yang dikatakan lebih baik dari seribu bulan.. Lailatul Qadar. Memandangkan kita dah berada dalam 10 malam terakhir Ramadan,sama2 lah kita berusaha menghidupkan malam2 yang berbaki ini dalam masa yang sama mengejar Lailatul Qadar. (again,peringatan sgt2 khusus buat diri ni juga)

Pesanan ustazah lebih difokuskan kepada doa pada malam tersebut. Macam yang kita tahu,pada malam tersebut,malaikat2 akan turun. Nak cerita betapa banyaknya malaikat2 ni,kata ustazah lebih banyak dari butiran pasir.mereka turun naik ikut syif.

Dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan. Jadi yang tengah bermasam2 muka dengan kawan2 tu,cepat2 minta maaf ye.

Jadi ambil la kesempatan tersebut,doa banyak2 apa yang kita hajatkan. Kumpul dan buat list semua hajat2 kita yang tercapai lagi. Kalau ade 50 hajat pun,list kan juga. Doa dengan ikhlas bersungguh dan yang sangat2 penting ialah YAKIN. Ada satu kisah ustazah cerita. (cerita dari seorg ustaz). Tentang housemate kepada ustaz tersebut di Mesir. Beliau listkan 17 hajat paling kritikal yang beliau nak dan berdoa pada malam lailatul qadar dengan bersungguh2. Alhamdulillah,dengan izin Allah,satu persatu Allah bagi just macam tu je. Langsai semua. Subhanallah. Jom kita buat list.. =)


Hadis Rasulullah s.a.w:


Telah diriwayatkan oleh al-Khathib dalam "at-Tawaarikh" daripada hadits Sayyidina Anas RA yang menyatakan bahawa: " Sesiapa yang sembahyang pada malam Lailatul Qadr akan sholat 'Isya` dan sholat Subuh berjemaah, maka dia telah memperolehi bahagian yang banyak daripada Lailatul Qadr (yakni daripada ganjarannya)." Dan Sayyidah `Aishah RA meriwayatkan bahawa beliau telah bertanya kepada Junjungan Nabi SAW: "Wahai Rasulullah, jika aku bertemu dengan Lailatul Qadr, maka dengan apa aku harus bermohon?" Baginda bersabda: "Katakanlah: 'Ya Allah Engkaulah Maha Pemberi Kemaafan, Maha Dermawan, yang suka memberikan kemaafan, maka maafkanlah akan kesalahan kami."


Dalam kita berdoa tu untuk diri sendiri tu,jgn lupa doakan orang lain especially ibubapa kita. Doakan mereka sihat sejahtera panjang umur dalam ketaatan dan kebaikan. Oh ya, salah satu doa yang penting juga ialah doa supaya dapat jodoh yang baik+berkat. Berdoa dari sekarang. =)

Wallahualam.


Sudahkah ramadhan kali membawa pentarbyyahan buat diri?
Sudahkah mata berpuasa dengan sebenar puasa?
Sudahkah lidah berpuasa dengan sebenar puasa?
Sudahkah telinga sudah benar berpuasa?
Sudahkan sunnah rasulullah saw benar-benar dihidupkan?
Qiamulail sudahkah menjadi kebiasaan?
Sudahkah amarah diri sudah dikawal?
Apakah puasa kali ini sekadar penat dan lelah?
Sudahkah diri ini bersedia mengharungi ekspedisi lailatul qadar?



Aug 5, 2009

(~_~)

Lupa,cuai,mengelamun,or lelan? kalo sapa2 xtau ape itu maksud lelan,boleh la tanya mak saya atau cik anisah shamilah mohd salleh.. =)

Hari ni agk penat disebabkan ke'lelan'an sendiri..bole plak tertinggal lab coat bila dah sampai separuh jln...erm terpaksa patah balik ke hostel..ptg lak balik hostel pukul 5lbih..siap solat suma,santai2 jap...thanks ima,kalo bukan ima mintak sgs kat kt,kt x pasan langsung suma notes n my baby patho tertggal kat DC time tapau nasi tadi..huh...again,terpaksa bersiap balik jln kaki g DC yg sgt 'dekat' semata2 nak amek buku....isk.nasib bek ade lagi atas meja tu xda org amek...
yg penting masih elok lg,x komot n x kotor~~

Lega hari ni da jumpa dr.mohamed inform pasal kelupaan nak sign attendance DSL ptg semlm..xtau cmne leh x igt.semlm pun hampir tertggal buku after beli mknan..nsb bek ade yg pasan..thanks eh.(da lupa sapa hamba Allah tu.huhu) lupa,lupa n lupa....errmm.

Harap2 kecuaian tak berterusan on my future nnt..ye la,cmne nak treat patient kalo cmni..tggal gunting dlm perut patient lak nanti..nauzubillah..

going to selayang hosp tomorrow.kene bgn awl~~OUT.